Vokal (musim 1)

Vokal... Bukan Sekadar Rupa ialah musim pertama bagi siri Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Media Prima dan disiarkan di TV3. Rancangan ini julung kalinya diadakan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat baru berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding.